REFLEKSI MEMBINA BLOG

         Blog merupakan satu platform berkongsi maklumat, berkongsi pandangan ataupun berkongsi perasaan yang di bina oleh seseorang individu atau satu kumpulan individu. Sebelum ini, pernah juga membina blog tetapi hanya setakat membuka satu akaun blog dan menerbitkan satu post berkenaan perasaan pada masa tersebut semasa dalam perasaan runsing. Selepas itu, tidak pernah menyentuh blog tersebut lagi. Kebanyakkan ialah melayari blog yang dibina oleh orang lain untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan, tidak pernah terfikir untuk berkongsi maklumat dengan orang lain.

         Pembinaan blog merupakan satu yang perkara yang sangat menarik, sebelum menyentuh mengenainya, tidak akan terasa keseronokan dalam membina blog. Setelah membina blog, akan mempunyai satu perasaan yang ingin membuatnya sehingga yang terbaik ataupun sekurang-kurangnya semua yang asas adalah lengkap.

      Adalah amat gembira dan bersyukur hati dapat mempelajari cara pembinaan blog dalam subjek Technology and Innovation in Teaching and Learning Biology.  Sepanjang proses pembinaan e-portfolio dengan menggunakan blog di bawah bimbingan Dr Sadiah Baharom, saya telah banyak memperolehi pengetahuan dan kemahiran untuk membina blog. Kemahiran saya diperolehi amat berbantu saya sebagai seorang “blogger” yang baru. Antaranya ialah cara memasukkan post, mengehadkan post yang boleh dilayari di atas satu halaman, menetapkan satu post tertentu sebagai post utama yang akan dipaparkan di halaman utama blog saya,  membuat link ke dalam post, menambah gajet, cara mengurus blog dan lain-lain.

           Dalam proses membina blog e-portfolio, saya juga mendapat pengetahuan dan maklumat baru yang dapat membantu saya meningkatkan keberkesanan  proses pengajaran saya dan menambahkan variasi bahan bantu mengajar saya. Untuk melengkapkan blog e-portfolio, saya mengetahui terdapat satu laman web bernama “ Teacher Corner” yang menyediakan pelbagai alat yang memudahkan guru-guru menghasilkan lembaran kerja yang tersendiri, contohnya lembaran kerja kata silang dan cari perkataan. Selain itu, juga mendapati terdapat satu laman web yang mempunyai banyak bahan yang sangat menarik yang dapat digunakan dalam proses PdP iaitu “ Interactive Sites for Education”.

Blog e-portfolio ini merupakan satu platform yang membolehkan guru-guru menyimpan maklumat-maklumat yang dikumpul semasa membuat persediaan pengajaran; menyimpan butiran-butiran aktiviti yang telah dilaksanakan; menyediakan bahan pengukuhan , pengayaan dan pemulihan yang dapat diakses oleh murid; berkongsi link laman web yang berguna dan sebaginya. Sekiranya diurus dengan baik, blog e-portfolio merupakan satu platform yang bagus untuk berkongsi maklumat dan pandangan dengan guru dan juga murid.

CHAI SIEW LIAN

M20131000458

No comments:

Post a Comment

Global Warming Is Getting Worse Everyday Let's Do Something

Biology Group A