Saturday 1 June 2030

Welcome to My ICT in Biology Page



Selamat datang ke e-portfolio saya. Saya ialah seorang guru Sains sekolah rendah. Saya mengambil Ijazah Sarjana Muda saya di Institusi Perguruan Darulaman yang kini sudah bertukar nama kepada Institusi Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Setelah menamat pengajian saya, saya ditempatkan di sebuah sekolah luar Bandar. Sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah yang sangat unik, ia adalah sebuah sekolah kurang murid yang jumlah enrolmennya hanya lima orang murid pada pertama kali saya menjejak kaki ke sana. Dua bulan kemudian, seorang murid berpindah ke sekolah yang lain dan jumlah enrolmen menjadi empat orang murid, 7 orang guru dan seorang staf sokongan. Saya bertugas di sekolah tersebut selama tiga tahun dan kemudiannya di tempat semula ke sekolah lain dalam daerah yang sama disebabkan penangguhan operasi sekolah yang asal. Pengalaman mengajar di sekolah yang pertama adalah sangat unik, keadaan berinteraksi dengan murid dan proses pengajaran dan pembelajaran sekolah selalu dihurai oleh guru dari sekolah yang lain sebagai keadaan kelas tuition malah lagi kecil berbanding kelas tuition. 

Global Warming Is Getting Worse Everyday Let's Do Something

Biology Group A