My
Professional Development Plan (PDP)
Matlamat
Saya
Sebagai seorang
guru Sains, saya merancang untuk memohon menjadi salah satu daripada pemeriksa
UPSR yang menyemak kertas ujian subjek Sains pada tahun akan datang. Saya
mengharapkan dapat meningkatkan lagi kemahiran proses sains saya dan cara
menjawab soalan berkaitan kemahiran proses sains saya melalui pengalaman menghadiri taklimat penyemakan kertas ujian
dan pengalaman menyemak kertas ujian.
Sains
selalu dihubungkaitkan dengan teknologi. Saya merancang meningkatkan kemahiran
ICT saya. Walaupun proses pengajaran dan pembelajaran sains menekankan aktiviti
hands-on agar murid dapat meguasai kemahiran-kemahiran proses sains. Akan
tetapi, terdapat konsep sains yang tidak dapat diterangkan secara hands-on, maka bantuan ICT adalah
diperlukan. Dengan adanya pengetahuan tentang ICT, saya boleh mempelbagaikan
bahan bantu pengajaran saya dengan menggunakan kemudahan ICT. Saya dapat
mempersembahkan konsep sains yang abstrak dengan 3D diagram, simulasi dan sebagainya.
Animasi-animasi juga terbukti dapat menarik perhatian murid dalam pelajaran
mereka.
Selain
itu, sebagai seorang guru sains, saya amat berminat dengan menjalani eksperimen
dalam makmal. Dalam masa lima tahun yang akan datang ini, saya akan mengambil
segala peluang yang ada untuk mengambil kursus berkaitan bidang mengendalikan
makmal dan eksperimen.
Komitmen
Pengajaran
Melalui
pengalaman saya dalam mengajar Sains, saya mendapati adalah susah untuk
membimbing murid dalam memahami konsep Sains. Faktor yang menyebabkan masalah
ini ialah bahasa yang digunakan sebagai bahasa media dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains bukan bahasa ibunda murid. Murid tidak dapat menguasai
bahasa yang digunakan dan seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat memahami konsep
Sains yang diajari oleh guru serta tidak minat dalam mempelajari sains. Selain
itu, murid juga susah untuk menguasai kemahiran proses sains disebabkan peluang
yang dibagikan untuk menjalani aktiviti secara “hands-on” seperti eksperimen
adalah kurang kerana kesuntukan masa dan juga peralatan.
Masalah pengurusan kelas juga
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah disiplin murid dalam
kelas akan menganggu pengajaran guru dan juga pembelajaran murid yang lain.
Saya
berdedikasi untuk meningkatkan pencapaian murid saya dengan meningkatkan
kefahaman konsep sains mereka. Demi meningkatkan kefahaman konsep sains murid,
langkah pertama yang perlu saya ambil ialah memikirkan aktiviti yang dapat
menarik minat dan meningkatkan motivasi mereka. Animasi-animasi selalunya dapat
menarik perhatian murid, Jadi, bagi konsep sains yang abstrak, saya akan
memperbanyakkan penggunaan ICT. Video klip yang berkaitan dengan topik ada kala
juga akan saya dapatkan daripada internet. Penerangan konsep melalui video klip
dalam bentuk cerita adalah lebih senang diingat oleh murid. Langkah yang kedua ialah menyenaraikan
istilah-istilah penting bagi setiap topik yang perlu dikenali oleh murid.
Saya
juga berdedikasi untuk meningkatkan kemahiran proses sains murid saya. Saya
percaya menjalani eksperimen merupakan cara yang berkesan untuk meningkatkan
kemahiran proses sains murid. Saya berusaha memastikan setiap eksperimen yang
ada dalam kandungan kurikulum sains dijalankan.
Di
samping itu, saya juga berdedikasi untuk meningkatkan kemahiran pengurusan
kelas saya. Pada masa kini, saya masih lemah dalam menguruskan keadaan bilik
darjah. Terdapat murid yang mencabar kesabaran saya. Jadi, saya akan berusaha
meningkatkan kemahiran pengurusan kelas saya. Saya menanyakan pendapat daripada
guru-guru yang berpengalaman. Saya memperbanyakkan pembacaan saya tentang
buku-buku yang berkaitan dengan pengurusan kelas, mengambil tahu cara
berkomunikasi dengan murid, cara menangani murid yang bermasalah disiplin.
Matlamat
Pengajaran
1)
Dalam
bilik darjah, saya dapat meningkatkan kemahiran proses sains murid saya. Murid
dapat menjawab soalan berkaitan kemahiran proses sains dengan baik.
2)
Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran saya, saya dapat meningkatkan kemahiran
pengajaran saya. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran saya kritis,
kreatif dan motivatif agar dapat merangsang minat murid untuk belajar dan juga
melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis.
Objektif
untuk Mencapai Matlamat
1)
Saya
merancang menghadiri apa-apa bengkel yang berkaitan dengan pendidikan sains.
2)
Saya
akan mengambil peluang untuk menghadiri bengkel berkaitan teknik menjawab
soalan berkaitan kemahiran proses sains.
3)
Saya
akan menghadiri bengkel pemantapan pedagogi sains yang diadakan untuk guru-guru
sains.
4)
Saya
akan mempraktikkan pembelajaran sepanjang hayat dengan mengambil kursus pendek atau
panjang yang bersesuaian dan berkait dengan profesion saya dari masa ke semasa supaya
mendapat maklumat terkini bagi memperbaharui pengetahuan bidang saya dan juga
melengkapkan diri saya dengan kemahiran pengajaran yang terkini.
CHAI SIEW LIAN
M20131000458
No comments:
New comments are not allowed.