Selamat datang ke e-portfolio
saya. Saya ialah seorang guru Sains sekolah rendah. Saya mengambil Ijazah
Sarjana Muda saya di Institusi Perguruan Darulaman yang kini sudah bertukar
nama kepada Institusi Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Setelah menamat pengajian
saya, saya ditempatkan di sebuah sekolah luar Bandar. Sekolah tersebut
merupakan sebuah sekolah yang sangat unik, ia adalah sebuah sekolah kurang
murid yang jumlah enrolmennya hanya lima orang murid pada pertama kali saya
menjejak kaki ke sana. Dua bulan kemudian, seorang murid berpindah ke sekolah
yang lain dan jumlah enrolmen menjadi empat orang murid, 7 orang guru dan
seorang staf sokongan. Saya bertugas di sekolah tersebut selama tiga tahun dan
kemudiannya di tempat semula ke sekolah lain dalam daerah yang sama disebabkan
penangguhan operasi sekolah yang asal. Pengalaman mengajar di sekolah yang
pertama adalah sangat unik, keadaan berinteraksi dengan murid dan proses
pengajaran dan pembelajaran sekolah selalu dihurai oleh guru dari sekolah yang
lain sebagai keadaan kelas tuition malah lagi kecil berbanding kelas tuition.
Sebagai seorang pendidik, adalah amat penting
melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat. Sekarang saya sedang menyambung
pembelajaran program Sarjana saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris semasa
cuti sekolah. Saya memilih pendidikan biologi sebagai opsyen saya disebabkan
subjek Biologi berkaitan dengan subjek yang saya mengajar sekarang. E-portfolio
merupakan tugasan utama bagi saya melengkapkan kursus saya secara lancar. Saya
berharap dapat menyampaikan pendapat diri saya melalui e-portfolio ini dan juga
berkongsi maklumat yang berguna melalui e-portfolio ini.
|
Sekolah Kurang Murid: SJKC Chiaw Nan, Marudi |
|
Pemandangan Sekolah |
|
|
|
|
Rakan Kuliah Program Eksekutif Cuti Sekolah: Kursus Biologi |