Showing posts with label Pandangan Saya. Show all posts
Showing posts with label Pandangan Saya. Show all posts

Friday, 11 July 2014

Falsafah Pendidikan Saya

Semua guru harus bertanggungjawab ke atas kerjaya mereka sebagai seorang guru dengan tidak mengambil kira latar belakang murid dan juga kelas manakah yang diajar. Sebagai seorang guru, saya berpegang dengan pemikiran bahawa semua murid adalah sama dan mereka mempunyai peluang yang sama untuk belajar. Jadi, layanan yang adil perlu diberikan kepada setiap murid.

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran mereka yang tersendiri dan juga bakat mereka yang tersendiri. Sebagai seorang guru, kita tidak patut memandang rendah ataupun mengabaikan murid yang dianggap lemah dalam pembelajaran. Mereka mungkin kurang dalam pembelajaran, tetapi mempunyai bakat diri mereka. Peranan kita adalah membantu dalam mencungkil bakat mereka, memberi motivasi kepada mereka agar memupuk minat mereka dan meningkatkan keyakinan mereka. Murid yang mempunyai kepercayaan ke atas keupayaan kendiri dan yang bermotivasi akan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka dan seterusnya memperolehi kejayaan.

Sebagai seorang pendidik, tanggungjawab kita bukan sahaja menyebarkan ilmu, tetapi juga membina modal insan yang berkualiti. Semasa kita menyebarkan ilmu yang ada pada diri kita, kita juga harus memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh kita dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek. Jadi, semasa mengajar, saya akan menyemai nilai-nilai bertanggungjawab ke atas diri mereka, ke atas ibu bapa dan masyarakat dalam kalangan murid.  Selain itu, kita juga harus memastikan strategi dan kaedah yang digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyediakan peluang kepada para murid berfikir secara kreatif dan kritis, agar dapat melahirkan insan yang berupaya berhadapi dengan dunia abad ke-21.

Sebagai seorang pendidik, pedagogi dan juga pengetahuan kandungan dalam bidang yang diajar perlu kita kuasai dengan baik agar proses pengajaran dan pembelajaran boleh berjalan dengan lancar dan murid mendapat manfaat yang maksimum daripada pengajaran kita. Saya harus mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat membekalkan diri saya dengan maklumat yang terkini.

Terdapat pelbagai jenis murid yang akan kita temui, perangai yang mereka tunjukkan juga berlainan. Kita harus mengawal emosi kita semasa berhadapan dengan murid kita. Kita perlulah mengajar dengan penuh kesabaran, dengan hati yang mulia dan juga dengan penuh semangat.

Kejayaan seseorang murid bergantung kepada latar belakang murid, perangai murid dan juga personal seseorang guru. Sebagai seorang guru, saya perlu sentiasa membuat refleksi ke atas tindakan yang telah diambil oleh diri saya dalam pengajaran saya, mengambil kira kelemahan dan kekuatan yang ada, dan seterusnya membuat penambah baikan ke atas diri saya.

My Professional Development Plan (PDP)

My Professional Development Plan (PDP)

Matlamat Saya
Sebagai seorang guru Sains, saya merancang untuk memohon menjadi salah satu daripada pemeriksa UPSR yang menyemak kertas ujian subjek Sains pada tahun akan datang. Saya mengharapkan dapat meningkatkan lagi kemahiran proses sains saya dan cara menjawab soalan berkaitan kemahiran proses sains saya melalui pengalaman  menghadiri taklimat penyemakan kertas ujian dan pengalaman menyemak kertas ujian.

Sains selalu dihubungkaitkan dengan teknologi. Saya merancang meningkatkan kemahiran ICT saya. Walaupun proses pengajaran dan pembelajaran sains menekankan aktiviti hands-on agar murid dapat meguasai kemahiran-kemahiran proses sains. Akan tetapi, terdapat konsep sains yang tidak dapat diterangkan secara hands-on, maka bantuan ICT adalah diperlukan. Dengan adanya pengetahuan tentang ICT, saya boleh mempelbagaikan bahan bantu pengajaran saya dengan menggunakan kemudahan ICT. Saya dapat mempersembahkan konsep sains yang abstrak dengan 3D diagram, simulasi dan sebagainya. Animasi-animasi juga terbukti dapat menarik perhatian murid dalam pelajaran mereka.

Selain itu, sebagai seorang guru sains, saya amat berminat dengan menjalani eksperimen dalam makmal. Dalam masa lima tahun yang akan datang ini, saya akan mengambil segala peluang yang ada untuk mengambil kursus berkaitan bidang mengendalikan makmal dan eksperimen.

Komitmen Pengajaran
Melalui pengalaman saya dalam mengajar Sains, saya mendapati adalah susah untuk membimbing murid dalam memahami konsep Sains. Faktor yang menyebabkan masalah ini ialah bahasa yang digunakan sebagai bahasa media dalam pengajaran dan pembelajaran Sains bukan bahasa ibunda murid. Murid tidak dapat menguasai bahasa yang digunakan dan seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat memahami konsep Sains yang diajari oleh guru serta tidak minat dalam mempelajari sains. Selain itu, murid juga susah untuk menguasai kemahiran proses sains disebabkan peluang yang dibagikan untuk menjalani aktiviti secara “hands-on” seperti eksperimen adalah kurang kerana kesuntukan masa dan juga peralatan.

            Masalah pengurusan kelas juga mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah disiplin murid dalam kelas akan menganggu pengajaran guru dan juga pembelajaran murid yang lain.

Saya berdedikasi untuk meningkatkan pencapaian murid saya dengan meningkatkan kefahaman konsep sains mereka. Demi meningkatkan kefahaman konsep sains murid, langkah pertama yang perlu saya ambil ialah memikirkan aktiviti yang dapat menarik minat dan meningkatkan motivasi mereka. Animasi-animasi selalunya dapat menarik perhatian murid, Jadi, bagi konsep sains yang abstrak, saya akan memperbanyakkan penggunaan ICT. Video klip yang berkaitan dengan topik ada kala juga akan saya dapatkan daripada internet. Penerangan konsep melalui video klip dalam bentuk cerita adalah lebih senang diingat oleh murid.  Langkah yang kedua ialah menyenaraikan istilah-istilah penting bagi setiap topik yang perlu dikenali oleh murid.

Saya juga berdedikasi untuk meningkatkan kemahiran proses sains murid saya. Saya percaya menjalani eksperimen merupakan cara yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran proses sains murid. Saya berusaha memastikan setiap eksperimen yang ada dalam kandungan kurikulum sains dijalankan.

Di samping itu, saya juga berdedikasi untuk meningkatkan kemahiran pengurusan kelas saya. Pada masa kini, saya masih lemah dalam menguruskan keadaan bilik darjah. Terdapat murid yang mencabar kesabaran saya. Jadi, saya akan berusaha meningkatkan kemahiran pengurusan kelas saya. Saya menanyakan pendapat daripada guru-guru yang berpengalaman. Saya memperbanyakkan pembacaan saya tentang buku-buku yang berkaitan dengan pengurusan kelas, mengambil tahu cara berkomunikasi dengan murid, cara menangani murid yang bermasalah disiplin.
Matlamat Pengajaran
1)   Dalam bilik darjah, saya dapat meningkatkan kemahiran proses sains murid saya. Murid dapat menjawab soalan berkaitan kemahiran proses sains dengan baik.
2)   Dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya, saya dapat meningkatkan kemahiran pengajaran saya. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran saya kritis, kreatif dan motivatif agar dapat merangsang minat murid untuk belajar dan juga melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis.

Objektif untuk Mencapai Matlamat
1)   Saya merancang menghadiri apa-apa bengkel yang berkaitan dengan pendidikan sains.
2)   Saya akan mengambil peluang untuk menghadiri bengkel berkaitan teknik menjawab soalan berkaitan kemahiran proses sains.
3)   Saya akan menghadiri bengkel pemantapan pedagogi sains yang diadakan untuk guru-guru sains.


4)   Saya akan mempraktikkan pembelajaran sepanjang hayat dengan mengambil kursus pendek atau panjang yang bersesuaian dan berkait dengan profesion saya dari masa ke semasa supaya mendapat maklumat terkini bagi memperbaharui pengetahuan bidang saya dan juga melengkapkan diri saya dengan kemahiran pengajaran yang terkini.

Global Warming Is Getting Worse Everyday Let's Do Something

Biology Group A